28 April 2025 | Shah Alam – Urbancubes Sdn Bhd, diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Shahrulnizam Ahmad, telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran di Putra Heights. Penyerahan sumbangan ini berlangsung semasa Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Central Spectrum Sdn Bhd.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Urbancubes dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya mereka yang terjejas akibat bencana.